Pages

Friday 14 February 2014

Pencil Case Tema Burung Hantu Untuk Najwa


Assalam..

Kali ni terima order daripada Najwa..

"Tulisan : Najwa
Warna pencil case : Purple
Gambar : Burung hantu (pink biru or etc tp kalau boleh jgn warna hitam)

-Corak lelain nnt pepandai lah ya awak design " sms drp Najwa


Hokey,
Dengan gigihnya aku meng'google' bagi mendapatkan gambo burung hantu seperti yg Najwa mahukan.

Berkunang2 jugak lah mata ahkak nih sebab banyak sangat gambar yg cantik-cantik sampai dah tak tahu mana nak pilih hehe

Akhirnya,
Inilah hasil yang dapat aku siapkan..
Maaf andai lama jugak Najwa menunggu pencil casenya di siapkan.
Maklumlah ahkak ni anak ramai.. jadi anak2 memang nak kena bagi tidur dulu baru boleh buat kerja.
Kalau tak idea bernas memang tak keluar, jika keadaan bising dan kecoh :)
Harap Maklum..

Meh lah tengok hasilnya...


Pencil case Najwa yg dah siap..
Serius ahkak memang sukaa dgn hasilnya
Rasa sangat berpuas hati bila tengok hasilnya yg amat gojes hihi
Ada unsur masuk bakul angkat sendiri di situ yek
Sila jangan muntah ahahaha




Keychain Burung Hantu
Yang ini memang pakej hokey




Alas dalam pencil case





Suka sangat tengok mata burung hantu tu,
Sebab ada nama Najwa,
Jadi mata tu mestilah ada bulu matanya kan..
Burung hantu gegirl lah katakan..

Meleleh jugak lah air hidung air mata ahkak demi nak menggunting bulu mata tu kasi dia sama di kiri dan kanan bahaha.. sangat rumit okey.
Rasa macam sekali ni jer dapat buat burung hantu camtu :)
Kiranya edisi terhadlah...


Alhamdulillah, barang sudah selamat di terima semalam (13/2/14).Terima kasih Najwa kerna sudi mengoder pencil case dengan Safiyya Kraf.Harap berpuas hati...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin